Monday, October 12, 2009

Al Qadhi Abu Bakar ibn A'rabi

Al Qadhi Abu Bakar ibn A'rabi menafsirkan ayat ini dalam Tafsirnya Ahkamul Quran :

Manfaat yang dapat dipelajari dari ayat ini ialah larangan memberikan amanah jagaan harta kepada ahli kitab.

Al Qadhi Abu Bakar bekata : " Persoalan tentang amanah memberi jagaan harta telah ditentukan oleh Al Quran ".
Memberi amanah kepada bukan Islam menjaga harta tidak dibenarkan dalam Islam. Mengambil rakan diluar dari Darul Islam ( dimana kita berkuasa keatas mereka ) amatlah dilarang kerana mereka boleh menipu kita dan menggunakan harta kita untuk tujuan yang diharamkan Allah s.w.t.

Wang kertas ialah satu janji untuk pembayaran, bolehkah kita percaya kepada pengeluarnya. Jika dollar sudah tentu Federal Reserve milik Perbankan Yahudi Antarabangsa sedangkan mereka tidak berada dibawah kawalan kita ?

Sejarah telah membuktikan wang kertas terutamanya dollar dijadikan instrumen untuk menipu umat Islam. Mereka sudah gagal memenuhi tuntutan sejak 1971 lagi.

No comments:

Post a Comment