Saturday, October 10, 2009

Apakah Itu Dinar dan Dirham ?



Sejarah Islam telah menunjukkan kepada kita bahawa Dinar(syiling emas) dan Dirham(syiling perak) adalah matawang yang telah digunakan sejak sekian lama sehinggalah berakhirnya Kerajaan Islam Turki.

Piawaian menurut berat yang dikenali sebagai Piawaian Khalifah Umar Al-Khattab radiallahu'anhu menentukan iaitu 10 dirham bersamaan dengan 7 dinar. Setiap Dinar mestilah mempunyai berat 4.25 gram emas berketulenan 22 karat (916) dan setiap Dirham mempunyai berat 3 gram perak berketulenan 999.

Dinar dan Dirham telah digunakan untuk urusan perniagaan, menabung dan juga untuk membayar zakat (Umar Vadillo 1996).

Wang sejati yang bebas dari spekulasi menandakan bahawa kerajaan juga merdeka dan bebas dari spekulasi. Tiada kemerdekaan tulen selagi tiada mata wang tulen. Maka itu tidak hairanlah ramai pemikir dan cendekiawan Islam meletakkan perkara Dinar dan Dirham sebagai perkara penting dan utama.

No comments:

Post a Comment