Monday, October 12, 2009

Imam Al Ghazali

Imam Ghazali, lengkapnya Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad al Ghazali, semoga Allah meredhoinya, sangat dikenali melalui kitabnya Ihya Ulumuddin.

Kitab ini berisikan hampir semua sisi dari din al Islam, menyangkut aspek syariat maupun hakikat, dan mengupas masalah Iman, Islam, dan Ihsan. Tidak terkecuali, soal dinar dan dirham pun, disoroti oleh Imam Ghazali. Yang menarik adalah Imam Ghazali mengupas masalah dinar dirham ini sebagai sebahagian dari Kitab Syukur, pada bahagian akhir dari kitabnya yang cukup tebal.

Bagaimana pandangan Imam Ghazali dalam soal dinar dirham ini?

Dalam kitab Ihya Ulumuddin pada Kitab Syukur (Ihya Ulum al-Din, Jilid IV, diterbitkan di Beirut: Daar al-Kutub al-Ilmiyah, 1424 H/2003 M, hal.121-122) tersebut Imam al-Ghazali mengatakan, "min ni'amillahi ta'ala kholqu ad-darahim wa ad-dananir wa bihima qiwam ad-dunya". (Dari sekian nikmat Allah ta'ala adalah penciptaan dirham dan dinar, dengan kedua mata wang ini maka tegaklah dunia).

Kerana itu mafhum mukhalafah (pemahaman terbalik) dari pernyataan ini adalah "bila dirham dan dinar tidak diadakan maka dunia menjadi tidak tegak atau hilang keseimbangannya". Imam Al-Ghazali mengungkapkannya dengan "qiwam ad-dunya" (tegaklah dunia) bukan "qiwam al-Ardh" (tegaklah bumi). Dengan demikian, jika dirham dan dinar tidak diberlakukan maka akan berlaku kekacuan bagi kehidupan manusia di dunia dan akan menyebabkan kehancuran bumi.

Imam Al-Ghazali juga memberi contoh jual beli yang tidak adil. "Wa kadza man yasytari daron bitsiyabin au abdan bikhufin au daqiqan bihimarin fahadza al asy-ya la tunaasabu fiiha" (dan demikian pula orang yang membeli rumah dengan sehelai pakaian, membeli budak dengan sepatu, atau membeli tepung dengan seekor keledai, maka pertukaran barang-barang tersebut tidak berkesesuaian). Sepuluh abad setelah Imam al-Ghazali wafat (1111 H), sebagaimana kita alami hari ini, rumah, budak, kuda dan seluruh kekayaan alam ini dapat ditukar dengan barang yang lebih murah - bahkan hampir tak ada nilainya sama sekali - dari pada barang-barang tersebut, iaitu dengan kertas-kertas yang bertuliskan dolar, rupiah, dan sebagainya.

Dalam konteks itulah, kemampuan dinar emas dan dirham perak menghasilkan pertukaran yang adil, Imam Ghazali menyebutnya sebagai "satu-satunya hakim yang adil." Emas dan perak diciptakan Allah SWT sebagai kemudahan bagi manusia dalam bertransaksi guna memenuhi keperluan hidup. Tanpa dinar dan dirham, transaksi hanya dapat dilakukan melalui barter, yang tidak selalu mudah dilaksanakan, kerana keperluan seseorang dan orang lainnya tidaklah selalu sesuai dengan barang yang dimiliki masing-masing. Alat tukar umum yang adil, dalam istilah sekarang medium of exchange, sangat diperlukan, dan itu dapat dipenuhi oleh dinar dan dirham.

Imam Al-Ghazali juga mengatakan hikmah tersembunyi dari penciptaan dinar dan dirham tidak akan ditemukan di dalam hati yang berisi sampah hawa nafsu dan tempat permainan syaitan. Sebab, tidak ada yang dapat mengambil pelajaran dari hikmah tersebut kecuali orang-orang yang menggunakan akalnya. Menurut Imam Ghazali, bagi mereka yang mengambil pelajaran dan hikmah tersebut, dinar emas tidaklah ada bezanya dengan sebiji batu yang tak bernilai, meskipun pada saat yang sama dinar emas sangat bernilai.

Dalam pemahaman tersebut dinar emas hanya akan diperlakukan sebagai alat tukar, bukan sebagai harta yang ditimbun-timbun, dalam bentuk apa pun. Implikasinya adalah memanfaatkan emas dan perak untuk keperluan-keperluan lain, seperti sebagai perhiasan atau bejana dan alat-alat lainnya, dinilai sebagai tidak mensyukuri nikmat Allah SWT. Dinar dan dirham seharusnya hanya digunakan sebagai alat tukar, hingga koin-koin ini akan berpindah dari tangan ke tangan, dan menghasilkan pemerataan kekayaan.

No comments:

Post a Comment