Saturday, October 10, 2009

Al Wakalah

Al Wakalah dalam fiqh Islam.

Takrif wakalah :
Menyerah tugasnya atau urusannya kepada orang lain dan diserahkan tanggungjawabnya untuk bertindak bagi pihaknya.

Hikmah disyariatkan wakalah :
Sebenarnya tugas asal tanggungjawab urusan seseorang itu adalah bagi dirinya tetapi terkadang dia tidak dapat meneruskan tugas itu oleh sebab keuzuran yang timbul pada dirinya dengan sebab - sebab urusan - urusan lain atau sakit atau apa apa sahaja halangan yang tidak dapat dielakkan maka dia berhajat kepada orang lain yang boleh bertindak untuk menyempurnakan tanggungjawab tersebut maka terpaksa dia mewakilkan bagi pihak dirinya untuk faedah dan kebaikannya.

Hukum berwakalah :
Aqad berwakalah itu pada hukum syarak adalah harus berdasarkan Al Quran dan sunnah.
1. Firman Alllah s.w.t dalam Surah Al Kahfi ayat 19 yang bermaksud :
" Hendaklah kamu utuskan seorang daripada kamu ke bandar dengan membawa wang untuk membeli makanan "
2. Diriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w telah mewakilkan Hakim bin Hazm membeli kambing untuk membuat qurban. Dan dari riwayat Abdullah bin Jaafar r.a. berkata : Saidina Ali tidak pernah menghadir diri dalam perbicaraan berhubung dengan harta benda dan beliau mewakilkan Aqil r.a. bagi pihak dirinya.

Maka atas aqad wakalah inilah kita menyediakan khidmat bagi pihak pelanggan (bukan majikan) untuk urusan jual beli dan amanah menjaga emas (dinar) bagi pihak penyimpan emas. Elektronik dinar atau edinar hanyalah rekod simpanan dan transaksi dinar emas. Masyarakat Islam sejak zaman awal Islam lagi menggunakan al wakalah dalam urusan jualbeli terutamanya yang melibatkan urusan yang jauh, dimana tuan punya badan tidak dapat menghadirkan diri akan mewakilkan urusannya kepada orang lain. Rasullulah s.a.w sendiri bertindak bagi pihak Siti Khadijah dalam urusan jualbeli sebelum baginda diangkat menjadi rasul lagi.

Sumber : dirham2dinar.com

No comments:

Post a Comment