Saturday, October 10, 2009

Simpanan Dinar Emas untuk Haji dan Umrah

kabba
Kos menunaikan haji dan umrah menurun ......

Bagaimana turun ? Bukankah telah diumumkan bahawa kenaikan kos haji naik RM 1000 lagi hingga RM 9990.00?
Alhamdulillah tidak salah. Sekali lagi, apabila kita memandangnya dengan jumlah RM yang harus disediakan untuk berhaji maka tajuk diatas itu salah. Akan tetapi jika kita memandangnya dengan suatu alat perbandingan yang adil maka Biaya Penyelenggaraan Ibadah Haji ( BPIH )dari tahun ke tahun semakin menurun. Apakah alat perbandingan yang adil itu? Tidak lain dan tidak bukan adalah emas. Emas diciptakan oleh Allah ‘Azza wa Jalla sebagai alat untuk menyimpan kekayaan, alat tukar dan juga alat pengukur nilai.

kos haji

Pada tahun 2002, tercatat bahawa kos Haji yang ditetapkan setara dengan 63 dinar. Dan tahun ini meskipun mengalami kenaikan yang cukup signifikan, kos haji yang ditetapkan hanya kurang dari separuhnya. Dengan 21 dinar anda sudah boleh berangkat naik haji tahun ini. Gambarajah diatas menunjukkan jumlah dinar yang diperlukan untuk naik haji dan perbandingannya dengan kos haji dalam RM.


Dari gambarajah tersebut, terlihat kos haji dalam bentuk Dinar Emas , semakin menurun. Bahkan penurunannya cukup tajam. Dengan trend seperti itu, bukanlah hal yang mustahil beberapa tahun mendatang kita dapat berangkat naik haji hanya dengan 10 dinar. Amiin…

Akaun simpanan emas untuk Haji dan Umrah


Pihak Koperasi Kohalal Hub Kedah Berhad menawarkan skim simpanan dalam dinar emas untuk ahlinya. Ahli boleh menabung RM 100.00 atau lebih sebulan dan jumlah RM tersebut akan ditukar ke dinar emas. Ahli mestilah membuka akaun simpanan dinar emas dan akan diberi akses id dan password melalui internet untuk melihat baki simpanan yang semuanya adalah dalam dinar emas.

Pihak Kohalal Hub hanya mengambil khidmat upah simpan berjumlah 1% setahun. Jika ahli ingin memindahkan dinar mereka ke akaun ahli lain, servis perkhidmatan adalah 1% atau maksima 0.01 dinar dikenakan.

Untuk mereka yang berminat untuk menunaikan umrah dengan simpanan dinar mereka. Pihak Kohalal Hub akan menganjurkan rombongan umrah dengan simpanan 12 dinar sahaja. Syarat utama ahli mesti melabur dalam wakala dinar emas dengan minima 1 lot/RM 1000.00. Segala urusan perjalanan akan diatur oleh Kohalal Hub.

Sumber : dirham2dinar.com

No comments:

Post a Comment