Monday, October 12, 2009

Imam Asy-Syafie

Imam Syafi'i, dalam kitabnya Risalah (1987:165) menyatakan:

Rasulullah memerintahkan pembayaran zakat dalam perak, dan kaum Muslim mengikuti presedennya dalam emas, baik berdasarkan [kekuatan] hadits yang diriwayatkan kepada kita atau berdasarkan [kekuatan] analogi bahwa emas dan perak adalah penakar harga yang digunakan manusia untuk menimbun atau membayar barangan(aset) di berbagai negeri sebelum kebangkitan Islam dan sesudahnya.

Selain mengatakan alat pembayaran harus dengan Dinar emas atau Dirham perak, Imam Syafi'i juga menegaskan logam-logam selainnya, tidak terkena zakat. Ia mengatakan,

Manusia memiliki berbagai [jenis] logam lain seperti kuningan, besi, timbal yang tidak pernah dibebani zakat baik oleh Rasulullah maupun para penerusnya. Logam-logam ini dibebaskan dengan dasar [pada kekuatan] preseden dan kepada mereka, dengan analogi pada emas dan perak, tidak seharusnya dibebani zakat, kerana emas dan perak digunakan sebagai standard harga di semua negeri, dan semua logam lainnya dapat dibeli dengan keduanya dengan dasar kadar berat tertentu dalam waktu tertentu pula.


Imam Asy-Syafie pernah menolak tindakan menjadikan logam selain emas dan perak sebagai matawang. Malah beliau amat tegas sehingga menolak sebarang qiyas terhadap emas dan perak.

2 comments:

  1. salam..menarik la pandangan ilmuan islam ni...
    boleh saya copy x tuan blog?

    ReplyDelete
  2. Bagaimana dengan pembayaran zakat fitrah yang dilakukan dengan wang kertas berasakan kadar beras sebab pembayarannya tidak menggunakan MATAWANG emas? Bagaimana dengan lain2 zakat harta, simpanan, perniagaan dan sebagainya yang tidak menggunakan MATAWANG emas (kerana ianya haram jika bersandarkan pandangan sesetangah ulama)dan hanya BERSANDARKAN nilai emas untuk pembayaran tersebut? Mungkin saudara boleh memberikan hujah dan dalil mengenai perkara tersebut. Jika pandangan itu benar, bukankah kita telah melakukan satu perkara yang salah sepanjang hidup kita dalam menunaikan tanggungjawab berzakat kita?

    ReplyDelete